Pakej Haji Furada 1440H

Pakej Haji Furada 1440H

Haji dari segi bahasa ialah menuju atau mengunjungi ke sesuatu tempat. Manakala dari segi istilah bermaksud mengunjungi Baitullah (Kaabah) pada masa-masa tertentu (bulan haji, Zulhijjah) serta melaksanakan perkara-perkara yang wajib bagi ibadah haji. (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, 17 / 23)

Haji merupakan salah satu dari rukun Islam dan menjadi kewajiban kepada seluruh umat Islam lelaki mahupun wanita bagi yang berkemampuan untuk melaksanakannya dan melaksanakannya dikira wajib hanya sekali seumur hidup jika dilakukan lebih dari itu maka ia dikira sunat.

Antara dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah tentang kewajipan mengerjakan ibadah haji adalah seperti firman Allah SWT:

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” (Surah Ali-Imran: 97)

Istito’ah (berkemampuan) yang dimaksudkan pada firman Allah SWT di atas bukanlah pada kekuatan jasmani. Ini kerana jika yang dikehendaki oleh Allah SWT dengannya ialah kekuatan jasmani, maka ianya tidak perlu disebutkan kerana telah diketahui bahawa Allah SWT tidak pernah membebankan seseorang melainkan dia mampu untuk menggalasnya. (Rujuk Al-Muhalla, Ibn Hazm 7/54 dan Subul al-Salam, Al-Son’aani 2/180)

Imam Ibnu Kathir Rahimahullah berkata: “Adapun istato’ah (kemampuan) adalah kemampuan seseorang dari sudut (dia mengerjakan haji) untuk dirinya dan orang lain.” (Rujuk Tafsir al-Quran al-Azim, 1/364)

Allah SWT berfirman:

وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ

Maksudnya: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji.” (Surah al-Hajj: 27)

Firman Allah SWT:

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ

Maksudnya: “(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.” (Surah al-Baqarah: 197)
————————
Visa Haji Furada?

Visa Haji Furada adalah visa haji yang dikeluarkan oleh pihak Kedutaan Arab Saudi terus kepada syarikat pelancongan tanpa melalui (potong Q) kuota dari Tabung Haji.

Siapa yang layak dan bagaimana caranya?

Semua layak, asalkan berkemampuan.

Ambil masa, kenal pasti dan berhati-hati memilih syarikat. Ada syarikat yang ambil kesempatan menipu jemaah dengan visa furada ni.

Semoga bermanfaat.
————————–——–
Tunai Haji – ‘Visa Furada’. Tak Perlu Tunggu Giliran!!
Hubungi: Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd – Cawangan Masjid Tanah: 06-384 7788 atau
Safiudin Abdul Advis: 012-266 9284.

— di Gemilang Travel & Tours Sdn Bhd – Cawangan Masjid Tanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *